TAJUK :
PEMAKLUMAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERIBADI DALAM SISTEM PADA
PENERANGAN :

Assalamualaikum wbt...

 

Tuan/Puan

 

Dilampirkan surat pemakluman pengemaskinian data maklumat peribadi staf dalam sistem Pangkalan Data Utama Padu untuk rujukan dan tindakan pihak tuan/puan.

 

Sepertimana tuan/puan sedia maklum, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah dilancarkan pada 2 Januari 2024 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. PADU adalah merupakan pangkalan data berpusat dan bersepadu yang mengintegrasikan maklumat serta data berkaitan individu meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

 

Matlamat utama pembangunan sistem PADU adalah untuk meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan agar lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

 

Sehubungan itu, bagi mengelakkan keciciran daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak, tuan/puan diminta untuk mengemaskini maklumat dan data masing-masing dalam sistem PADU di pautan https://padu.gov.my/ sehingga 31 Mac 2024.

 

Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, dimaklumkan.

 

klik untuk lihat lampiran

Kali terakhir dikemaskini pada 2024-03-14 14:30:42