TAJUK :
MAJLIS TAZKIRAH BAGI KAKITANGAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)
PENERANGAN :

Semua Kakitangan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Tuan/Puan,

MAJLIS TAZKIRAH BAGI KAKITANGAN
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Seperti yang telah sedia maklum, Majlis Tazkirah adalah program wajib dihadiri oleh semua staf KIAS yang dijadualkan pada setiap hari Ahad jam 8.00 pagi hingga 8.45 pagi bertempat di Dewan Kuliah 8. Memandangkan ia merupakan program KIAS, semua staf KIAS telah diingatkan supaya TIDAK TERKECUALI daripada mengikuti program tersebut, termasuklah semua pensyarah di mana semua kuliah dan tutorial telah dikosongkan bagi tempoh tersebut.

Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah untuk sama-sama mendapat peringatan dan manfaat serta keberkatan jua daripada Allah Subhanahuwa Ta’ala. Ia juga diharap dapat mempertingkatkan kesedaran melaksanakan tugas berdasarkan panduan UMI.

Sehubungan itu, setiap staf perlu mengesahkan kehadiran jam 8.00 pagi melalui sistem “Biometric Thumb Print” yang telah disediakan di DK 8 pada hari tersebut. Semua staf KIAS diharap dapat mematuhi arahan dan memberikan komitmen untuk bersama-sama di dalam pertemuan selama 45 minit bagi tempoh sekali dalam seminggu sebagaimana yang dijadualkan.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Dilampir surat  MAJLIS TAZKIRAH BAGI KAKITANGAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Kali terakhir dikemaskini pada 2022-08-04 14:55:16